Panas..!! Anifah Aman Ikut Jejak Tok Pa Keluar UMNO, Siapa Pula Selepas Ini?

Belum pun reda tentang ‘cerita’ Mustapha Mohamad yang keluar Umno semalam, kini giliran Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pula meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kimanis dan ahli UMNO berkuatkuasa serta-merta hari ini.
Menurut sumber, surat peletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini.
Peletakan jawatan tersebut dipercayai diambil bagi membolehkan beliau menunaikan janji-janjinya kepada rakyat Sabah dalam memperjuangkan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, beliau berjanji akan meletakkan jawatan sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) gagal mengembalikan hak rakyat Sabah.

Sumber : MagDaily

No comments