Iklan

Yeh Sekupang ‘Stim’ Tengok Hantu Kak Limah, Lagi Parah Bila Datuk Seri Vida Masuk


Tak sangka wajah buruk Hantu Kak Limah (Dalimawati) mampu buatkan Yeh Sekupang ‘stim’.
Ujar Yeh Sekupang (Allahyarham Rab Khalid) sewaktu meluahkan isi hatinya kepada Husin, bait-bait ayatnya adalah :

“Walaupun Kak Limah tu hantu.. aku bukannya tak stim dengan dia. Stim juga aku ni..!!”

Ucapan nakal ‘geng lelaki bersembang’ itu mendapat gelak tawa daripada para penonton.

Dalam filem Hantu Kak Limah, Yeh Sekupang digambarkan sebagai seseorang yang mengalami masalah nafsu dan syahwat.

Tak boleh dibiarkan. Itu belum lagi sewaktu En. Solihin mengarahkan Husin, Khuda, Sharwani dan Yeh Sekupang memagar kawasan untuk menangkap Hantu Kak Limah.

Bermacam-macam dugaan yang hadir. Jika Husin diganggu langsuir dan Sharwani didatangi isterinya yang jelita, lain pula yang dihadapi Yeh Sekupang.

Ketika bersendirian, Yeh Sekupang didatangi pari-pari jelita dari Kelantan (Datuk Seri Vida). Yeh sekupang mengeluh :

“Dengan Hantu Kak Limah aku stim.. Dengan dia ni pun aku boleh stim. Ahh.. teruk dah ni. Nak kena pergi berubat aku ni..!!”

Maka, pari-pari jelita itu pun berlalu pergi dan Yeh Sekupang kembali fokus memagar kawasan di hutan belantara yang penuh dengan mistik itu.

** E-MEDPRO **

HANTU KAK LIMAH TAK BEST DAN MENGECEWAKAN Itulah luahan seorang penonton filem yang pada dasarnya hanya meminati filem yang berunsurkan berat, ‘deep’, ‘dark’ dan ‘so serious’. Hatta, mereka dilahirkan untuk tidak pandai bergelak ketawa. Namun bagi Hantu Kak Limah 2018 ini, pandangannya begitu berbeza sama sekali dengan saya sama sekali. Memandangkan hari ini sudah memasuki 9 Ogos, memasuki hari pertama tayangannya di lebih 100 pawagam untuk tontonan umum secara rasmi, maka inilah perkongsian dari saya. Apa yang boleh saya rumuskan pada mukadimah ini, andai kata semua pelakon, pengarah serta tenaga produksinya telah meninggal dunia pada suatu masa yang agak jauh pada zaman akan datang, percayalah.. Filem ini antara yang akan menjadi sebuah filem yang mampu hidup sebagai filem ‘malar segar’. Kenapa? Kerana elemen dan jiwa Allahyarham Tan Sri. P. Ramlee begitu kuat wujud dan disemai di dalam filem Hantu Kak Limah ini. Walaupun tiada lagi kelibat watak Pak Abu, Pak Jabit dan Usop Wilcha, Hantu Kak Limah tetap boleh berdiri sendiri dengan watak-watak yang baharu seperti Khuda, Sharwani, Nayan dan ramai lagi. Cuma nasihat saya kepada mereka yang sudah memasang niat untuk menonton filem tersebut bermula hari ini, makanlah kenyang-kenyang terlebih dahulu dan belilah air banyak-banyak untuk dibawa masuk ke dalam pawagam kerana….. anda akan tergelak memang tak henti-henti. Bak kata pengarah, Mamat Khalid, “Penonton pasti akan ketawa sampai mengokak!” Kalau anda ada menonton tayangan percumanya selama 20 minit awal di Astro, YouTube atau Facebook, percayalah.. Tidak semua babak lawak dimasukkan. Semuanya disimpan dengan begitu rapi. Durasi filem ini hampir 2 jam atau lebih tepat, 1 jam 55 minit. Filem Hantu Kak Limah ini sememangnya sesuai untuk mereka yang gemarkan filem seram yang ada unsur komedi atau filem komedi yang mempunyai unsur seram. Dalam erti kata lain, filem ini diadun sebati dengan penuh keseronokan untuk orang ketawa sampai senak perut. Sudahlah senak perut, kena hadap sampai penghujung filem pula tu. Aduh! Kesemua watak yang dicipta dalam filem Hantu Kak Limah ini boleh saya katakan, ia seimbang. Baca lanjut di Facebook : Akyem Samad
A post shared by Akyem Samad (@akyem_samad) on

No comments