[VIDEO] Tunggang Kuda & Main Arnab Di Rubinga Heritage Park, Kg. Changkat, Gombak


Kira-kira 15 kilometer dari ibu kota Kuala Lumpur, terdapat sebuah taman haiwan mini di Kampung Changkat, Gombak.

Lokasi yang lebih dikenali sebagai Rubinga Heritage Park itu menyediakan perkhidmatan tunggang kuda serta riadah petang dengan memberi makan kepada arnab.

Bayaran untuk menunggang kuda bagi dua pusingan adalah RM3 bagi kanak-kanak dan untuk dewasa, harganya adalah RM5 sahaja.


Rubinga Heritage Park beroperasi setiap hari bermula pukul 5 petang sehingga 7 petang dan tinjauan E-MEDPRO mendapati, lokasi tersebut sangat aman dari kesibukan kota.

“Perjalanannya dari tengah-tengah bandar Kuala Lumpur menuju ke sini cuma mengambil masa 25 minit sahaja.


“Kebiasaannya, bilangan pengunjung pada hujung minggu sangat ramai berbanding hari biasa namun suasananya agak meriah,” ujar wartawan serta blogger tempatan, Akyem Samad.





Ujar Akyem lagi, tiada apa yang lebih menyeronokkan bagi keluarga yang mempunyai anak kecil melainkan melihat mereka gembira bermain dengan haiwan yang comel di situ.

“Selain boleh memberi makan kepada arnab, pengunjung juga tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menunggang kuda.

“Tambahan pula, menunggang kuda adalah aktiviti kegemaran Rasullah S.A.W dan ia turut menjadi sunnah baginda,” katanya.

** E-MEDPRO **

No comments