[VIDEO] 'Dah Langgar Kereta Sampai Baby Tercampak, Kau Nak Lari Macam Tu Je?'


Tular dalam media sosial semalam apabila insiden kejar mengejar di antara mangsa langgar lari dan sebuah RapidKL di Lembah Keramat mendapat perhatian netizen.
Memetik Oh! Bulan, video dirakam anak mangsa dan sebelum pemandu bas tersebut cuba melarikan diri, dia mungkin secara tidak sengaja telah merempuh sebuah kereta pada awalnya.
Lebih malangnya serta mendapat pelbagai reaksi netizen, bayi berusia dua bulan turut menerima kesannya sehingga terpelanting ekoran insiden itu.
Namun demikian berdasarkan sumber lain, pemandu bas RapidKL yang terlibat dengan insiden kemalangan membabitkan tujuh buah kenderaan di Jalan Ampang, dekat sini semalam mempunyai rekod perkhidmatan yang baik sebelum ini.
Ketua Pegawai Operasi RapidKL, Shamsul Rizal Mohd. Yusof berkata, pemandu tersebut sudah berkhidmat selama dua tahun dengan syarikat itu.

"Kita terima laporan dari pusat kawalan pada pukul 8 malam berkenaan insiden melibatkan bas di laluan 221, Keramat ke Ampang Point.

"Semasa insiden berlaku, bas sedang beroperasi tetapi kita belum pasti sama ada terdapat penumpang di dalamnya atau tidak," katanya ketika ditemui di Depoh RapidKL Maluri.

Walau bagaimanapun, menerusi rakaman video terbabit ia jelas menunjukkan bas tersebut dilihat berada dalam keadaan laju dan dipandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan.

Shamsul mewakili RapidKL memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan memohon tiada sebarang spekulasi berkenaan kes ini.

“Bagi mangsa yang terlibat insiden tersebut boleh membuat tuntutan kerosakan di talian 03-78852585,” katanya.

** E-MEDPRO **

No comments