Iklan

[VIDEO] Ben Ladin Pamer Kebodohan, Gagal Jawab Soalan Asas Tentang Malaysia



Selasa lalu, F8Buzz memuat naik sebuah video temu bual bersama penyanyi baharu, Ben Ladin.

Menyedihkan, dalam video tersebut, Ben Ladin kelihatan begitu dungu kerana gagal menjawab hampir kesemua perkara asas mengenai Malaysia.

Dalam temu bual berkenaan, wartawan bertanyakan tujuh soalan seperti antaranya nama bunga kebangsaan, nama bendera Malaysia, jumlah bucu bintang dalam bendera Jalur Gemilang serta rukun negara yang ketiga.

Namun demikian, hanya satu soalan sahaja berjaya dijawab betul. Itu pun kelihatan seperti ragu-ragu dan langsung tidak meyakinkan.

Dalam erti lain, Ben Ladin bagaikan sekadar meneka sahaja ‘Proton adalah kereta pertama keluaran negara’.

Ketidak seriusan Ben Ladin mengambil tahu tentang perkara asas mengenai Malaysia menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen.

Berdasarkan video yang mendapat lebih 24,678 tontonan, 354 perkongsian serta 327 komen itu, rata-rata mempertikaian budaya, kesediaan serta pegangan generasi muda terhadap negara sendiri.



Ini kerana generasi merupakan asset terpenting buat negara namun apabila mereka bagaikan langsung tidak menghargai atau ambil cakna tentang hal-hal dalam Malaysia, bagaimana mereka boleh ditampilkan sebagai duta mahu pun ikon untuk anak muda yang lain.

Memetik komen yang ditulis Muhammah Haiqal, dia mengatakan Ben Ladin menyindir dan mengata orang di sana-sini nombor satu namun sejarah pun belum habis dipelajari.


Sementara itu, Shydee Didot menegaskan, penyanyi yang tidak berpendidikan tidak boleh kekal lama dalam industri tersebut.


Walau bagaimanapun, diharap dengan perkongsian ini dapat membuka mata lebih ramai orang dewasa khususnya ibu bapa untuk membentuk semangat patriotik dalam jiwa anak-anak itu.

Tidak boleh harapkan guru di sekolah atau kerajaan yang memimpin, semua tidak akan mempedulikan jiwa rakyat kecuali ada kepentingan untuk faktor tertentu.

Jelasnya, yang mencorak kemajuan dan akal fikiran rakyat itu adalah datangnya daripada sebuah tempat yang bernama rumah.

Bagus dan bijak suasana rumah itu, baguslah mereka yang akan keluar dari rumah dan mengembangkan peranan mereka sebagai anggota masyarakat.

** E-MEDPRO **

No comments