Iklan

Santuni Warga Emas Dan Masyarakat Setempat Amalan Mulia – Abdul Mutalib Islan


SUNGAI BESAR 26 Ogos – Amalan ziarah-menziarahi golongan warga emas serta masyarakat yang kurang berkemampuan adalah sesuatu yang terpuji di sisi Islam.

Malah amalan tersebut seharusnya dijadikan contoh oleh segenap lapisan masyarakat untuk memastikan budaya mulia itu terus berkembang dan tidak lapuk ditelan zaman.

Calon Ketua Angkatan Muda (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Besar, Abdul Mutalib Islan berkata, melalui amalan ziarah-menziarahi, banyak cerita daripada golongan bawahan akan didengari.


Katanya lagi, banyak cerita atau masalah di peringkat akar umbi kadang-kala tidak sampai ke pengetahuan pemimpin teratas.

“Sehubungan itu, aktiviti sebegini memberi peluang kepada mereka dan pemimpin muda untuk berinteraksi secara langsung.


“Semoga dengan pendekatan tersebut, kita harap masalah yang wujud di bahagian kawasan khususnya dapat diselesaikan dengan komprehensif,” ujarnya kepada E-Medpro, hari ini.

Abdul Mutalib berkata demikian ketika menyantuni golongan warga emas serta penduduk di Kampung Parit 7, 8 dan 9 di Sungai Besar, Selangor dalam sebuah program ziarah.

** E-MEDPRO **

No comments