Iklan

Kejam & Melampau! Bapa Positif Syahbu Tetak Anak Berusia 5 Tahun Sehingga Mati


Seorang lelaki yang didapati positif dadah jenis syabu menetak anaknya berusia lima tahun sebanyak tiga kali pada bahagian kepala dan pergelangan kanan anaknya.

Lebih memilukan, suspek berusia 35 tahun melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 4.45 petang sewaktu anaknya sedang tidur.

Kejadian berlaku di Flat Puchong Permai, Subang Jaya dan menurut jiran mangsa, Mohd. Rohim Mahrawi, isteri mangsa keluar bekerja dan suspek dikatakan menjaga anaknya itu.

Jiran mangsa, Mohd. Rohim Mahrawi
“Pasangan terbabit baru sahaja menyewa di rumah itu sejak enam bulan lalu dan suspek peramah dengan jiran tetangga di sini.

“Dia juga selalu bawa anaknya keluar mengambil isteri di tempat kerja tetapi saya benar-benar tidak sangka dia tergamak lakukan perkara sedemikian kepada anak tunggalnya itu," katanya kepada pemberita.

Selain itu, suspek juga dikatakan peminum tegar ketum dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu selepas menerima maklumat mengatakan terdapat seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat empat flat tersebut.

Namun siasatan di lokasi mendapati kanak-kanak terbabit bukannya terjatuh tetapi ditetak bapa kandungnya yang juga peminum tegar ketum.

Tambah Azlin, hasil soal siasat ke atas suspek, lelaki terbabit mendakwa mendengar suara ghaib yang menyuruh membunuh anaknya.

Jelasnya, sebaik sahaja suspek menetak anaknya, kanak-kanak terbabit diletakkan di hadapan rumahnya manakala suspek mengurungkan diri dalam kediamannya.

"Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai kes lampau berkaitan dadah dan siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Setakat ini kes dianggap selesai," ujar Azlin.

** E-MEDPRO **



No comments