Betul Kes Tampar Atau Kesan Nila Untuk Ubati Beguk? Netizen Mahu Pencerahan


Tular dalam media sosial, seorang ibu mengamuk dan menyerang cikgu di sebuah sekolah.

Katanya kerana anaknya terlanggar tangan cikgu tersebut, habis semua murid-murid ditampar sehingga lebam.

Setelah laporan polis dibuat dan penelitian dilakukan, cikgu sado berkenaan didapati tidak bersalah dan tiada pun berlakunya insiden berkenaan.


Maka, cikgu sado itu juga telah tampil memberikan laporan kepada pihak polis berhubung perkara ini.
Memang tidak dinafikan banyak kes menakutkan terjadi ketika ini namun sebagai manusia yang berakal, pertimbangan harus dibuat terlebih dahulu. Bak kata pepatah, "Ikutkan hati, mati."

Namun menerusi Facebook ibu murid terbabit, dia menyangkal cerita yang tular dan memberitahu anaknya masih berada di wad untuk rawatan.


Apa kesudahan kisah ini? Sama-sama kita saksikan.

** E-MEDPRO **

No comments