Iklan

Baraan Merdeka Anak Muda Sungai Besar perkukuh semangat patriotik



SUNGAI BESAR 31 Ogos – Program ‘baraan’ pada dasarnya merupakan sebuah tradisi kunjung-mengunjung dan ia biasanya dilakukan pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

Namun demikian, oleh kerana baraan memiliki konsep yang menzahirkan nilai pengukuhan ukhwah antara penduduk, seramai 200 pemuda mengambil inisiatif menyertai program ‘Baraan Merdeka Anak Muda’.

Dalam program tersebut, para penduduk sekitar Sungai Besar diberi bendara percuma dan tujuannya adalah untuk berkongsi rasa cinta akan tanah air.

Selain itu, kupon penukaran minyak hitam motosikal secara percuma turut diagihkan bagi menjimatkan bajet kewangan mereka yang memerlukan.

Ujar calon Angkatan Muda Keadilan (AMK), Abdul Mutalib Islan yang mengetuai program tersebut, Baraan Merdeka Anak Muda yang berlangsung hari ini mendapat maklum balas postif daripada penduduk setempat.

Dia juga mengucapkan rasa syukur kerana kegiatan mereka yang mahu memastikan semangat patriotik dalam masyarakat terus subur mendapat sokongan daripada orang ramai.


“Lebih-lebih lagi sememangnya anak muda dan generasi akan datang berfungsi sebagai komuniti yang boleh diharapkan untuk melestarikan kemerdekaan negara yang dicapai sebelum ini.

“Menginjak usia 61 tahun, keghairahan untuk menyambut hari kemerdekaan itu mungkin sedikit ‘muram’ bagi segelintir pihak namun sebagai anak Malaysia, ia menjadi tanggungjawab kita untuk menyemarakkannya,” katanya kepada E-MEDPRO, di sini hari ini,

Baraan Merdeka Anak Muda melibatkan pergerakan ke 20 buah kampung di sekitar Sungai Besar dijalankan bermula pukul 8 pagi hingga 4.30 petang.

Sepanjang program tersebut, selain majlis ramah mesra diadakan, Taufiq yang merupakan ahli Parti Keadlian Rakyat (PKR) yang cedera akibat kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari tempat kerja menerima sumbangan kerusi roda.


Turut hadir, calon Ketua Cabang Sungai Besar, Fauzi Ahmad, calon Timbalan Ketua AMK, Tengku Mohd. Za'in Tengku Shaiful Bahril serta Calon Naib Ketua AMK, Ahmad Fairus Nizar Mohamed.

Selain itu, tujuh lagi calon Ahli Jawatankuasa (AJK) AMK Cabang Sungai Besar, Wan Safuan, Mohd Rasul, Iskandar, Zamri,  Mohd Sofi, Helmi serta Yusri turut meluang masa untuk berbakti. 

Mengulas lanjut tentang program tersebut, Abdul Mutalib menegaskan jiwa kemerdekaan perlu ada pada setiap individu.

“Definisi merdeka mungkin berbeza dan tidak sama bagi setiap orang namun maksudnya tetap memberikan pemahaman yang sama iaitu bebas.


 “Maka kebebasan yang dimiliki ini haruslah dimanfaatkan dengan baik dan sebarang pertelingkahan sepatutnya sudah tidak wujud lagi dalam masyarakat kita,” katanya.

Katanya lagi, sekiranya semua pihak faham peranan untuk memelihara hubungan dan mengukuhkan perpaduan, pastinya rasa sayang itu akan terbit di hati masing-masing.

“Mengambil pendekatan tema sambutan Hari Kemerdekaan Negara Yang Ke-61 iaitu ‘Sayangi Malaysiaku’, selain menzahirkan rasa penghormatan, budaya mahu ‘memberikan sesuatu yang terbaik’ untuk masyarakat dan negara juga perlu ada ,” katanya.

** E-MEDPRO **

No comments