[VIDEO] XPDC - Sentosa (Live @ Sogo) Lagu Baharu 2018


Pada 14 Julai lalu, kumpulan rock tanah air yang cukup popular, XPDC telah mengadakan satu 'rockmob', sebuah persembahan santai di perkarangan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur.

Siapa sangka walaupun XPDC menyepikan diri buat seketika, sekali muncul di khalayak ramai, semua orang terpaku mendengarkan dendangan bertenaga daripada XPDC itu.

Kemunculan kumpulan tersebut bukan sahaja sekadar mahu mengubat rindu para peminat namun mereka juga sebenarnya mahu mempersembahkan beberapa lagu baharu untuk tahun 2018 ini.

Antaranya adalah lagu berjudul Sentosa seperti di bawah ini. Memang padu dan terbaik. Jom sama-sama layankan lagu baharu 'XPDC - Sentosa' ini secara langsung!


Dalam pada itu, lagu terbaharu kedua mereka yang berjudul Akhir Zaman pun boleh tahan padu juga. Boleh layan 'head banging'.

Kalau tengah stress atau bosan, dengar lagu ini selain memiliki lirik berunsur dakwah, ternyata ia mampu memberikan sedikit tenaga kepada tubuh untuk kembali bersemangat.


Klik di sini untuk layan XPDC - Akhir Zaman (Lagu Terbaharu 2018)

No comments