Iklan

[VIDEO] Wartawan Bengang Pancuran Air Jamban Punya Pasal, Habis Seluar Basah



Seorang wartawan bengang apabila sewaktu mahu membuang air kecil, seluarnya basah akibat terkena pancutan air berdaya tinggi dari sebuah mangkuk jamban di sebuah kompleks beli-belah di Bangsar, baru-baru ini.

Ekoran daripada kejadian itu, dia segera merakam kekuatan air tersebut setelah teringat akan sebuah video wanita tular yang dikenali dengan nama Norreen, turut berbicara perkara yang sama mengenai konsep mangkuk jamban itu.


Bagi Norreen, fungsi yang tersedia di mangkuk jamban itu tidak relevan untuk kegunaan rakyat Malaysia terutamanya untuk bersuci dengan penuh yakin dan lebih bersih.

Lebih melucukan, wartawan tersebut turut menghasilkan satu video puisi ringkas yang menyatakan 'kegeramannya' akibat kejadian tersebut. 

Tambahan pula, semua orang memandangnya dengan pandangan yang sinis sepanjang dia melangkah untuk keluar dari kompleks beli-belah itu.

** E-MEDPRO ** 


No comments