Iklan

Takziah! Pelakon Khalid Salleh Alami Sesak Nafas Sebelum Meninggal Dunia


Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-43 di Taipei pada tahun 1998 menerusi filem Jogho, Khalid Salleh, 70, dilaporkan mengalami sesak nafas pagi tadi sebelum dibawa ke hospital Ampang Puteri.

Menurut anak bongsunya, Mohd. Asyik, Khalid menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 3.20 petang ketika semua ahli keluarga ada bersamanya kecuali salah seorang abangnya yang baru sahaja bertolak ke tempat kerja.

Katanya, bapanya sememangnya telah sakit dan menghadapi kesukaran untuk membuang air kecil sejak tahun lepas.

“Arwah juga terlantar seminggu selepas pembubaran parlimen namun sejak dua hari lepas, arwah mula rasa sukar untuk bernafas.

“Mujur pagi tadi kami dapat memujuk arwah untuk ke hospital dan terus dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi),” ujarnya ketika dihubungi pihak media.

Dalam pada itu, seorang lagi anaknya, Israr memberitahu doktor mengesyaki arwah bapanya itu dijangkiti Tuberkulosis (TB) dam kuman sudah merebak ke paru-paru serta tulang.

Jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas sebelum solat maghrib, petang tadi.

Perasaan duka cita itu turut dikongsi seorang wartawan yang juga merupakan aktivis teater, Akyem Samad.


Selain mengcapkan takziah, Akyem menyifatkan negara juga seperti telah kehilangan seorang lagi budayawan yang amat disegani. 


Sementara itu, Aida Othman turut berkongsi sekeping gambar dengan kapsyen, "Satu ketika dulu, Wak tak pernah penat ajar aku.. Kongsi ilmu pada aku yang kosong.. Hari ini Wak pergi menemui Penciptanya.."

Semoga segala urusan Khalid Salleh di dunia selama ini dan di akhirat akan ditempuhi dengan aman dan damai. E-MEDPRO

No comments