Iklan

Pengetua Tak Bagi Cuti, Maki 'Useless Girl' Punca Ibu Tertekan Bawa Diri Ke Jambatan


Gara-gara pengetua sekolah memarahi seorang pembantu makmal yang ingin memohon untuk menyambung cuti selama sehari atas urusan keluarga, dia yang juga merupakan seorang ibu kepada dua anak mengalami tekanan yang sangat kritikal.

Lebih menduka citakan, pengetua sebuah sekolah di Ulu Tiram itu (kenyataan polis menulis ia adalah SMK Puteri Wangsa) tanpa segan silu turut menghambur kata-kata kesat dan antara ayat yang digunakan ke atas wanita tersebut adalah seperti ‘useless girl’.

Kisahnya bermula apabila wanita berusia 27 tahun itu gagal menghubungi suaminya sejak tengah hari, semalam.

Sewaktu ditemui, wanita itu memberitahu dirinya turut mengalami masalah kewangan ekoran suaminya pernah mengalami kemalangan di tempat kerja tujuh bulan lalu dan sejak dari itu, suaminya sudah tidak dapat lagi untuk bekerja.

Dugaan ini adalah satu tamparan yang cukup berat buat pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi sedang mempunyai anak yang perlu dibesarkan dengan baik.

Bagi pasangan yang belum berkahwin, tekanan ini memang belum pernah dialami. Dugaan sewaktu bercinta dan selepas berkahwin terlalu jauh bezanya. Ditambah pula apabila sudah berkahwin, itulah pasangan yang akan dihadap dan dijaga sehingga mati.

Berbalik kepada kisah asal, wanita itu benar-benar tertekan dengan keadaan semasa. Sudahlah pernah meminta untuk bertukar lokasi bertugas, itu pun ditolak. Inikan pula sekadar meminta untuk cuti lama sehari sahaja, itu pun ditolak juga.


Hati isteri mana yang tidak kacau-bilau apabila gagal menghubungi suaminya. Suami sendiri pun kadang-kala resah jika telefon bimbit mati. Risau hati isteri gundah-gulana.

Persoalan wanita itu berhenti di Jambatan Peserai Batu Pahat terjawab apabila dia memberitahu dia sebenarnya sudah tiada tempat untuk dituju. Apatah tempat untuk mengadu, wanita itu sudah 'patah sebelah sayap' namun ditegaskan, dia langsung tidak mempunyai niat untuk membunuh diri.

Namun begitu, sudah menjadi resam budaya Melayu yang gemar membuat fitnah dan bersikap serkap jarang. Tak ubah seperti darah yang sebati mengalir dalam tubuh, persepsi dan kecaman terus dilemparkan tanpa mengetahui cerita sebenar.

Sehubungan itu, Ketua Polis daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa tampil menyangkal ‘posting’ menerusi Facebook kononnya berlaku kes kematian dalam kereta di jambatan tersebut sehingga menyebabkan kesesakan, semalam.

Posting persoalan dan persepsi tanpa usul periksa yang berbunyi ‘Jambatan batu pahat jalan jem..ada orang meninggal dalam kereta katanye..ada budak2 lagi kat dalam keta tu..betul ke?? adalah karut dan telah menimbulkan fitnah yang pelbagai dan ia amat serius.

Ujar Abdul Wahib, wanita itu mengakui sendiri dia memang tiada sebarang niat untuk membunuh diri lebih-lebih lagi kerana masih mempunyai dua anak kecil.

“Dia cuma berhenti dan berada di jambatan itu akibat terlalu buntu dan berharap suaminya datang ke situ,” katanya.


 

Walaupun kedengarannya agak mustahil, itulah jiwa yang sering berbolak-balik. Kita tidak ada di tempat dia dan orang yang mengalami nasib serupa sahaja yang benar-benar memahami.

Sebagai manusia dan umat Islam, doakanlah yang terbaik untuk dia dan keluarga. Sekiranya pengetua di sekolah tersebut terlalu menekan staf, Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memandang serius akan perkara ini kerana dalam bulan ini sahaja, terdapat dua laporan mengenai masalah pengetua.

Yang lepas, ia membabitkan pengetua sebuah sekolah di negeri Kelantan. Akibatnya, pelajar diserang histeria dan guru tampil membuat mogok di sekolah berkenaan.

Manusia hari ini memerlukan kekuatan jiwa. Jiwa kita semakin hilang serinya kerana masalah yang bernama tekanan.

** E-MEDPRO **

No comments