Iklan

Malaysia Tunggu Berita Orang Maut Akibat Keke Challange


Selepas tarian Tik Tok, Keke Challange pula nampaknya mengisi kekosongan zahiriah bani Melayu di sebuah negara bernama Malaysia.

Seperti yang mampu diungkapkan segelintir lelaki yang mampu bersuara dengan nada yang paling kecil, “Dulu.. kalau nak tengok body perempuan yang mengghairahkan.. terpaksa buka laman lucah.. sekarang.. buka aje media sosial.. bersepahlah beb.. nak yang bertudung pun ada..!!”

Tidak pula termasuk dengan coretan seorang ustaz. Katanya, kejadian itu berlaku di hadapan matanya. Seorang anak perempuan memarahi bapanya kerana tidak merakam aksi ‘Keke Challenge’nya dengan betul. Nauzubillah miin zalikk.

Jika di luar negara, ada beberapa video aksi Keke Challange menunjukkan sang pelakunya ber’Keke’ di jalanan sehingga dilanggar kereta.

Video itu ditularkan sudah pasti oleh bani Melayu yang gemar menjadi ‘yang pertama’ dalam apa-apa sahaja perkara yang berpotensi menjadi minat ramai.

Atas faktor kononnya mahu member peringatan namun dalam diam-diam, menghitung kiraan ‘Like, Comment & Share’, memantau dari semasa ke semasa.

Lebih kejam lagi, netizen yang bertuhankan kebebasan media sosial ini terus menjatuhkan hukum, “Semoga lepas ni sesiapa yang buat Keke Challange dekat Malaysia ni akan turut sama dilanggar kereta malah lebih teruk lagi, aku akan pijak-pijak dia!”

Tapi apabila orang itu ada di hadapan mata, kebiasaannya yang bersembang kencang itu akan menyedut air sirap menggunakan straw dan buat-buat tidak nampak, kemudian berkata kepada rakan di sebelah, “Kalau aku hilang sabar, dah lama dia kena!”

Sakit. Itulah frasa yang paling tepat untuk bani Melayu di negara ini. Yang zahir dan batinnya lahir di alam Islam namun lebih gemar mengikut hak liberal yang tiada bertuhan atas alasan, “Aku tahu aku bukannya baik sangat, aku berdosa.. tapi aku tak adalah buat sampai macam tu sekali..”

** E-MEDPRO **  

No comments