Iklan

[VIDEO] Lokasi Durian Murah Di Kuala Lumpur





Memandangkan sekarang musim orang kata harga durian tengah murah, maka di garis masa Facebook masing-masing sudah pastinya, agak ‘bersepah’ ragam manusia-manusia yang mula memuat naik gambar sedang menikmati durian dengan tanda pagar #done #makan #durian.

Jadi apabila harganya sedang murah, maka pastinya peniaganya juga mula tumbuh bagaikan cendawan terutamanya di ytepi-tepi jalan termasuk di kota raya Kuala Lumpur juga.

Usai bekerja seharian, waktu malam pastinya adalah waktu yang terbaik bagi sesi bersama keluarga. Untuk mereka yang belum menikmati durian dan sedang tercari-cari di manakah lokasi yang terbaik dan menarik, @E-MedPro kongsikan senarainya di bawah :

1.    Sri Rampai (bersebelahan Open University Malaysia)
2.    Ampang (berhadapan Giant)
3.    Seksyen 2, Shah Alam
4.    Cheras (berhadapan Leisure Mall)
5.    Bandar Sri Permaisui (berdekatan Bank Islam)
6.    Hulu Langat, Batu 9
7.    Sungai Buloh
8.    Taman Medan

Jadi inilah serba-sedikit lokasi yang E-MedPro dapat

kongsikan kepada tuan-tuan dan puan-puan. Apa kata kongsikan artikel ini dan
tag rakan-rakan, suami isteri atau ahli keluarga untuk sama-sama ‘melayan’ raja
buah, durian yang sedang bermusim ini. J

No comments