Iklan

[VIDEO] Dah Kenapa Tinggalkan KJ Dengan Anifah? Pembangkang UMNO Keluar Dewan!



KECOH.. Lebih-lebih lagi apabila barisan pembangkang yang dianggotai UMNO meninggal kan Dewan Rakyat pagi ini gara-gara tidak bersetuju dengan pelantikan Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff.

Namun perbuatan itu tidak diikuti Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (KJ) dan juga ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Anifah Aman.

Rata-rata pengikut UMNO mempersoal prosedur tentang pelantikan Mohamad Ariff kerana pelantikan tersebut tidak sampai 14 hari namun ada beberapa suara turut mempersoalkan kembali mengapa UMNO tidak menghantar calon daripada pihak mereka untuk dinilai sebagai Speaker Dewan Rakyat.


Namun begitu, tindakan KJ dan Anifah yang kekal tenang dan bersikap professional menghadapi barisan pihak lawan dipuji netizen dan KJ dianggap mempunyai masa hadapan yang cerah untuk menerajui negara kerana kekal positif dan bersikap terbuka.


Dari sudut ini, agak kasihan melihat KJ seperti ditinggalkan seorang diri namun aura kagum tetap terpancar kerana jarang ada pembangkang yang seberani beliau. 

Dalam masa yang sama ketika Utusan Online menemu bual Ahli Parlimen barisan pembangkang, ini jawapan Ahmad Maslan :


Apa-apa pun, tindakan sedemikian sebenarnya hanya lebih memburukkan imej UMNO sebagai pembangkang dan perbuatan sebegitu seharusnya dielakkan jika serius mahu mendapatkan semula kepercayaan rakyat. E-MEDPRO

----------------------------------------------------------------------------
[IKLAN] Cari pelebat rambut untuk bayi? Rambut anak tumbuh tak sekata? Sedih tengok kepala anak cukur bantal? Dapatkan produk MAMA DONT WORRY dengan harga promosi RM66 dan info lanjut di www.wasap.my/60128975696

No comments