Isu Kasut Hitam Remeh, Hanya Dimainkan Orang Bodoh Yang Tidak Berkepentingan


Hampir satu jam Menteri Pendidikan yang baharu, Dr. Maszlee Malek bersembang secara santai dalam sebuah majlis forum dan dialog anjuran Sinar Harian.

Ada pelbagai isu dibicarakan antaranya UEC yang digembar-gemburkan umat Melayu yang bagaikan sudah melupakan dan sengaja membiarkan tulisan jawi mati, isu pendidikan di rumah, hala tuju pendidikan orang kurang upaya (OKU) dan sebagainya.

Namun apabila Maszlee menyebut tentang satu perkara yang tidak penting iaitu, “Bermula tahun hadapan.. bermula era pakai kasut berwarna hitam..” Perkara inilah menjadi permainan media dan juga wartawan media sosial yang tidak diiktiraf.

Tahukah anda? Di Malaysia ini ramai orang yang otaknya lebih kecil daripada otak burung unta! Jadi, jangan harap apa yang kalian sebarkan itu akan dibaca dan dihadam oleh mereka yang mahu jadi ‘yang pertama’ ini.

Mengapa tidak sebarkan tentang isu pendidikan OKU yang lebih penting itu? Mengapa tidak sebarkan harapan Dr. Maszlee yang mahu rakyat di negara ini mampu berbahasa lebih dari tiga bahasa?

Ini tidak. Sudahlah jadi tuan yang miskin dan hina di bumi sendiri, asal-usul pendatang juga yang kaya raya.

Melayu.. paling kurang bolehlah berbahasa Melayu dan Inggeris sedikit.. Cina.. bolehlah berbahasa Melayu, Inggeris dan fasih bahasa Mandarin.. India? Ada segelintir komuniti mereka sudah mampu menguasai bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan India dengan baik.

Tanpa mengabaikan penduduk di Sabah Sarawak, mereka terselamat dalam perbicaraan ini kerana mereka ada jati diri mereka yang tersendiri.

Jika ditanya tentang persoalan matematik, berdasarkan tiga kaum di atas, yang manakah akan lebih kaya jika menguasai ekonomi pada masa hadapan untuk menarik lebih ramai pembeli? Yang manakah akan lebih menguasai politik jika berkempen di pelbagai kawasan yang mengatasi batasan perkauman?

Namun seperti biasalah, adat manusia di negara bernama Malaysia, mana mahunya bersembang tentang isu berat.. tak kisahlah dari orang biasa yang bodoh, golongan pensyarah berpendidikan yang disoal media atau ahli politik yang mahu dilihat hebat berhujah.. semuanya bermain dengan isu kecil yang tidak member apa-apa kesan.

Cerita mahu menambah baik Malaysia namun jika itulah isu yang dijulang berzaman-zaman, usah tanya mengapa ada golongan berpendidikan menolak tingkah-laku mabuk pemimpin dalam politik itu sendiri. Sadis!

** E-MEDPRO **

No comments